Saturday, March 17, 2012

Bicara Untuk Wanita



Duhai wanita..

Maafkan aku kiranya coretan ini mengguris hatimu.Sesungguhnya aku adalah lelaki yang diberi amanah sebagai khalifah di muka bumi ini.

Wanita..

Ingatkah engkau akan kisah Adam dan Hawa sewaktu di taman syurga dahulu?Ketika Adam kesunyian di syurga,Tuhannya menciptakan Hawa dari tulang rusuknya.Bukan dari kakinya untuk dialasi,bukan dari kepalanya untuk dijunjung,tapi dekat dibahunya untuk dilindung, dekat jua di hatinya untuk dikasihi.Dan ingatkah engkau ketika Tuhannya melarangnya untuk mendekati sepohon pokok?Lalu dia akur dengan perintah Tuhannya.Namun tatkala Hawa digoda syaitan durjana,buah kuldi terlarang itu dimakan,dan Adam,tidak mampu untuk membantah,hanya menuruti kehendak Hawa.Pernahkah kamu terfikir akan iktibar dari kisah ini wahai wanita?Betapa lemahnya seorang lelaki itu kerana pujuk rayu seorang wanita.

Wanita..

Maha Suci Allah yang menjadikan kaumku lebih sedikit bilangannya dari kaummu.Namun sedarkah engkau?Betapa berat amanah yang perlu dipikul oleh kaumku untuk membimbing kaummu yang berganda banyaknya ?Dan sedarkah engkau,betapa sakitnya mata ini terkena panahan dek kerana sebilangan susuk tubuh kaummu yang menjadi kelemahan kaumku.Dan ternyata tidak kurang juga dari kaummu yang merasakan hebatnya melebihi kaumku.

Wanita..

Bukan kerana ramainya bilanganmu yang membimbangkan kami.Bukan kerana lemahnya dirimu yang meresahkan kami.Tapi kerana ikutkan hatimu kami mati,kerana ikutkan rasamu
kami binasa.Pandanglah dirimu,renungkan sejenak.Apakah makna disebalik perhiasan duniawi?Adakah perhiasanmu?Pemakaianmu?Kecantikanmu?Ataupun malumu yang mampu menjaga diri dan namamu?

Wanita..
Andai sumbang langkah kami,pandulah kami,andai pincang kepimpinan kami,nasihatilah kami,andai terlanjur bicara kami,tegurlah kami.Kami dilahirkan sempurna,
tetapi tidak semua yang kami lakukan adalah sempurna.Ranjau ini penuh liku,dunia ini penuh rintangan.Semoga kita semua selamat sampai ke tempat tujuan yang selamanya.
Doakanlah.

CTM