Tuesday, February 8, 2011

Nun Jauh Di Sana


Nun jauh di sana,
Ku lihat kelibat seseorang,
Berjalan bersendirian,
Susuk tubuhnya sangat kecil,
Namun hayunan langkahnya cukup besar,
Entah ke mana arah tujuannya,
Aku pun tidak pasti.

Nun jauh di sana,
Susuk kecil itu melangkah,
Tanpa kenal erti penat,
Menempuh onak dan duri,
Sendiri dan berhati-hati,
Mungkin bimbang tersilap langkah.

Aku memberanikan diri,
Melangkah jauh ke sana,
Untuk bertanya,
Mengapa kamu sendiri?
Tidak penatkah kamu berjalan sehari-hari?

Jawab susuk kecil itu,
Aku sentiasa berteman,
Cuma temanku tidak engkau kelihatan,
Mengapa engkau bertanya demikian?
Mahukah engkau menemaniku berjalan?

Aku kembali bertanya,
Apakah engkau berpuas hati dengan apa yang engkau kerjakan?
Adakah engkau tidak kepenatan?
Tidak mahukah beristirehat sekejap?

Tidak,sesekali tidak,
Matlamatku masih jauh,
Aku tidak akan berhenti di sini,
Perhentianku jauh di sana,
Aku akan berhenti di sana saja,
Di sana aku akan beroleh gembira.

Nun jauh di sana,
Susuk kecil itu meneruskan langkah,
Masih keseorangan,
Setelah aku menolak undangannya,
Bukan aku tidak ingin,
Tetapi ku bimbang tidak mampu,
Bimbang akan membebankan,
Tinggallah aku sekadar memerhatikan.

Nun jauh di sana,
Jauh tempat dan masanya,
Aku terlihat lagi susuk kecil itu,
Kali ini bersama teman-temannya,
Bersama berjalan bergandingan,
Tanpa ku sedar aku pun turut berjalan,
Bersama berkumpulan,
Aku tidak lagi bimbang,
Kerana bebanku dipikul teman-teman,
Aku akan teruskan langkah ini,
Kerana ini adalah perjuangan,
Sehingga sampai suatu masa,
Langkah aku terhenti,
Di saat itu,
Jantung dunia pun akan terhenti,
Dan semuanya pasti akan kembali.

CTM

Aku cuba untuk menyelami..


Aku cuba untuk menyelami,
Isi hati penyeri duniawi,
Namun aku gagal lagi,
Untuk mencari makna tersembunyi.

Aku cuba sekali lagi,
Memahami lantas mengerti,
Seorang wanita yang teguh berdiri,
Di atas cinta yang hakiki.

Aku kini menyedari,
Cinta itu pemberian Ilahi,
Untuk menguji iman di hati,
Sejauh mana cinta kepada Ya Rabbi.

Aku termenung seketika,
Memikirkan hikmah disebaliknya,
Terselamat aku dari noda,
Mensyukuri nikmat yang tidak terhingga.

Perpisahan adalah nikmat dari-Nya,
Untuk muhasabah diri yang leka,
Hanyut dalam godaan dunia,
Lemas dibawa arus fana.

Ramai manakah yang telah bertanya,
Kuatkah cinta tanpa redha dari-Nya?
Cinta hanya nafsu semata,
Tanpa ikatan musnahlah semuanya.

Aku termenung memikirkan,
Kenapa harus dilayan perasaan,
Tanpa kawalan aku kesesatan,
Maka kembalilah aku kepada Tuhan.

Aku sedikit memahami,
Cinta sejati hanya untuk Illahi,
Aku tidak mengharapkan lagi,
Cinta manusia yang silih berganti.

CTM