Thursday, December 22, 2011

Madahku Untukmu



Dalam kesunyianku,
Angan menerkam,
Bayangmu menerjah fikiran,
Hanyut aku dalam kenangan,
Terawang aku dalam khayalan.

Lupakah engkau,
Derai tawa lalu,
Menggulung seribu harapan,
Alunan rindumu itu,
Menempias hatiku,
Mengelamun aku dibias cintamu.

Masih ingatkah,
Bujukan bintang bertaburan,
Kerdipannya seolah renunganmu,
Bukan simpati itu,
Bukan gelora itu,
Tapi pancarannya,
Kehangatan cinta kita,
Membara bahangnya.

Dan malap cinta itu,
Kelam cahayanya,
Suara kebimbanganmu,
Ku rasa getarannya,
Permata sanubari,
Biarkan tangis itu pergi,
Biarkan sepi itu sendiri,
Kerana aku setia menemani.

Teguhkanlah,
Tekadmu,pendirianmu dan semangatmu,
Berdirilah disampingku,
Kerana engkau sedia tahu,
Akan hatiku.

Ku coret madah tidak berkisah,
Dilayar cinta tidak bernoktah.

CTM